.

Sabtu, 31 Maret 2012

hai sobat ku,,,,waktu hanya beberapa menit lagi,,,, sebelumnya aku minta ma'af,,,atas canda,tawa ku sama kalian jangan ambil hati,,, hana pat iduk jantong,sampai jumpai minggu depan,,,

Kamis, 29 Maret 2012

aneuk langa: Jangan sekali-kali menganggap sempurna suatu inspi...

aneuk langa: Jangan sekali-kali menganggap sempurna suatu inspi...: Jangan sekali-kali menganggap sempurna suatu inspirasi kalbu yang buahnya belum kau ketahui Lebih baik di benci tapi menjadi diri sendiri, ...
Jangan sekali-kali menganggap sempurna suatu inspirasi kalbu yang buahnya belum kau ketahui

Lebih baik di benci tapi menjadi diri sendiri, daripada di suka tapi menjadi orang lain

Harga sebuah kesuksesan besar adalah tanggung jawab

Berjalan 10 Ribu Mil dapat kita selesaikan bila kita berani memulai langkah awal

Jika Anda dapat memimpikannya, maka Anda dapat melakukannya

Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan

kebesaran seseorang tidak diukur dari kekuatannya, tapi diukur dari bagaimana dia berdiri tegap setiap kali dia terjatuh

Yang terpenting dalam kehidupan bukanlah kemenangan tapi bagaimana bertanding dengan baik

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan, fikirkanlah tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan

Anda tidak harus ahli dalam melakukan sesuatu. Karena Anda akan membangun keahlian itu dari melakukannya

Ketakutan akan membatasi Anda untuk melakukan berbagai hal yg sangat berarti bagi Anda

Hindari membatasi diri kmu, pikiran2 kmu, atau mimpi2 kmu, sebab, apa yg kita lakukan esok hari tak pernah terpikirkan hari ini

Salah satu hal yg paling jarang dilakukan oleh seseorang adalah melakukan hal terbaik yg dapat ia lakukan

Kau tidak bisa memimpikan dirimu menjadi seseorang, kau harus menempa serta membentuk dirimu seperti apa yang kau idamkan
ha...ha...ha...ha....ha...

:::PUISI CINTA:::

Ingin ku ungkap perasaanku
Ku curahkan diatas lembar putih hatimu
Ku tuliskan dengan pena cintaku
Ku rangkaikan kalimat kasih ketulusanku

Ku berikan sebuah puisi cinta
Kusajikan diatas megahnya asmara
Ku puitiskan beribu makna
Hingga tercipta indah kau rasa

Bacalah syairku dengan hati
Ku suguhkan dengan ketulusan ini
Ku ciptakan kau jadi inspirasi

Dan ku jadikan puisi ungkapan hati




http://powerdbe.blogspot.com/

:::TERINDAH DALAM KERINDUAN:::

Ku lukis bayangmu di ujung pagi
Ku rindukan cinta setulus hati
Bayang senyummu yang enggan menepi
Membuatku mengerti ku cintaimu setulus hati

Kasih,peluklah aku...
Tenangkanlah jiwaku
Peganglah tanganku
Walau kau tak lagi mencintaiku..

Aku rindu saat bersama
Aku ingin kita berjumpa
Hanya untuk menyampaikan rasa
Ku cinta kamu apa adanya

Bentangkan harapan
Sambutlah impian
Ciptakan kerinduan
Raihlah kebahagiaan


http://powerdbe.blogspot.com/

:::KEDUA UNTUK ORANG GAGAL DALAM CINTA:::

  • Gagal bercinta barangkali kegagalan yang paling meruntun kesedihan. Agaknya lebih ramai orang menangis akibat gagal bercinta daripada kematian ibu bapa. Alangkah besarnya bahana gagal cinta kerana ia digambarkan dalam filem sebagai langit yang tiba2 bertukar kelabu, pokok2 menggugurkan daunnya hingga gondol, petir menyambar dan rebut pun terjadi.

    Hampir semua orang mengalami gagal bercinta. Sebenarnya ia bukanlah cinta, sekadar suka, bahkan orang yang disukai itu sendiri pun tak tahu dia disukai. Tetapi orang yang telah jatuh berahi menganggapnya cinta dan apabila dia tak mendapat layanan setimpal dia menganggapnya sebagai gagal bercinta. Dia pun menangis bagaikan langit kehilangan matahari. Dunia dirasakan kelam. Dia tak melihat sebarang cahaya yang boleh menerangi lagi.

    Pada mereka yang benar2 bercinta kemudian mengalami kegagalan, ya, mungkin mereka lebih munasabah untuk meratapinya. Namun, kenapa mesti berasa begitu hina oleh kehilangan cinta? Cinta hanyalah pada makhluk – ia menyimpan sejuta kelemahan yang tersembunyi dan disembunyikan. Mengapa berasa sangat sedih oleh kegagalan cinta. Dia hanya manusia, penuh kelemahan dan serba kekurangan. Mengapa mesti terlalu berpatah harap. Dia tak terkecuali dari ditimpa musibah, diulit penyakit, digelut usia tua. Mengapa hingga sanggup melupakan nikmat menyintai Tuhan hanya oleh manusia – kalaupun terlalu kacak, bakal hilang kekacakannya, kalaupun terlalu cantik, bakal hilang kecantikannya, kalaupun terlalu kaya, bakal pergi semua kekayaannya, kalaupun terlalu sihat, bakal pergi menghadap Ilahi.

    Cinta itu nikmat, mengapa mesti derita oleh cinta. Kegagalan cinta bukanlah penhujung dunia. Cinta hanyalah perasaan, kadang2 di situlah bertandangnya syaitan. Mengapa tak dapat faham bahawa cinta manusia tak akan ke mana2, yang kekal abadi adalah kecintaan tehadap Ilahi. Mengapa korang tak boleh menangis tatkala kehilangan cinta terhadap Ilahi. Mengapa korang berfikir nak membunuh diri semata-mata oleh cinta manusia durjana.

    Tahukah korang, sewaktu korang merasai gagalnya cinta, syaitan semakin kuat tertawa kerana korang hampir kehilangan iman hanya disebabkan seorang manusia, sedangkan kegagalan mendapatkan kasih sayang Tuhan patut lebih diratapi. Pernahkah korang menangis mengharapkan cinta Ilahi? Tidakkah korang berasa malu menangis oleh gagalnya cinta terhadap manusia sedangkan Allah lebih utama untuk korang tangisi taufik dan hidayah-Nya?

    Cinta itu indah, usah dicemari oleh perilaku yang salah. Cintailah Allah sebagai keutamaan korang, kemudian cintailah Nabi berikutnya, ibu ayah selepas itu, guru dan juga ilmu sebagai kecintaanmu yang keempat dan kelima dirimu sendiri. Cintailah dirimu sebab nasib korang di akhirat ditentukan oleh sejauh mana korang mengasihi dan menyayangi diri sendiri.

    Cinta seorang lelaki kepada seorang wanita sukar untuk ditafsirkan oleh akal. Perasaan kasih dan sayangnya jarang diluahkan secara zahir, namun sebenarnya ia sentiasa mekar dan luhur.

    Laluan kedua pada cinta yang gagal adalah lupakanlah cinta itu dan binalah yang baru. Siapa tahu dia adalah lebih baik. Izinkan diri korang bercinta lagi. Andainya korang dah tak nak bercinta lagi, jadikanlah Allah sebagai tujuan hidup dan cintamu yang agung dan terakhir.


    Tidakkah korang berasa malu
    menangis oleh gagalnya cinta
    terhadap manusia sedangkan
    Allah lebih utama untuk korang
    tangisi taufik dan hidayah-Nya?
    Andainya korang dah tak nak bercinta lagi, 
    jadikanlah Allah sebagai tujuan hidup 
    dan cintamu yang agung dan terakhir.



    http://powerdbe.blogspot.com/

:::PUISI UNTUK SEORANG SAHABAT:::

Jangan Pernah Lupakan Sahabat pada
sahabatku………
seberat apapun masalahmu
sekelam apapun beban hidupmu
jangan pernah berlari darinya
ataupun bersembunyi
agar kau tak akan bertemu dengannya
atau agar kau bisa menghindar darinya
karena sahabat…..
seberapa jauhpun kau berlari
dan sedalam apapun kau bersembunyi
dia pasti akan menemuimu
dalam sebuah episode kehidupanmu
sahabatku……
alangkah indahnya bila kau temui ia dengan dada yang lapang
persilahkan ia masuk dalam bersihnya rumah hati
dan mengkilapnya lantai nuranimu
hadapi ia dengan senyum seterang mentari pagi
ajak ia untuk menikmati hangatnya teh kesabaran
ditambah sedikit penganan keteguhan
sahabat…….
dengan begitu
sepulangnya ia dari rumahmu
akan kau dapati
dirimu menjadi sosok yang tegar
dalam semua keadaan
dan kau pun akan mampu dan lebih berani
untuk melewati lagi deraan kehidupan
dan yakinlah sahabat……..
kaupun akan semakin bisa bertahan
kala badai cobaan itu menghantam...


http://powerdbe.blogspot.com/

MENJADI PASANGAN YANG BAIK

Untuk membentuk satu institusi keluarga yang harmoni dan bahagia memerlukan pengorbanan ke dua-dua pihak suami dan isteri. Ianya harus disokong dengan sifat toleransi dan sikap faham memahami antara suami isteri, seterusnya dapat menyediakan satu platform yang kondusif dalam membentuk satu keluarga berjaya.

1) Terima seadanya:
Jangan cuba untuk mengubah pasangan mengikut kemahuan korang. Ingat, pasangan yang korang kahwini atau cintai itu adalah pilihan korang sendiri. Jangan terlalu dambakan kesempurnaan. Terima segala kekurangan kerana tiada manusia yang sempurna. Cuba fikirkan kebaikan pasangan daripada terus memikirkan kekurangan dan keburukannya.

2) Berkomunikasi secara terbuka:
Jangan selalu membuat andaian mengenai perasaan pasangan korang. Adalah lebih baik mengajak pasangan untuk berbincang secara terbuka mengenai segala hal. Belajar untuk mengekspresi perasaan dengan cara terbaik supaya pasangan memahami korang ketika korang marah, terluka, tersinggung atau gembira. Ucaplah kata sayang sekerap yang mungkin walaupun kadangkala ia dianggap keterlaluan. Tetapi itulah yang mahu didengar oleh pasangan. Sikap mendiamkan diri adalah sesuatu yang patut dielakkan.

3) Aktiviti bersama:
Aktiviti bersama mampu merapatkan perhubungan. Carilah sesuatu yang boleh dilakukan bersama. Misalnya, menonton video di rumah atau menonton wayang seperti waktu bercinta dahulu. Korang perlu berhati-hati jika korang lebih gemar untuk bersama rakan-rakan melebihi pasangan korang. Ini kerana itu adalah petanda yang tidak baik.

4) Tunjukkan cinta anda:
Setelah berumah tangga, ramai yang kurang mengambil perhatian mengenai perihal hati pasangan. Ramai yang berkata ‘sudah kahwin untuk apa romantik lagi’. Itu adalah tanggapan yang salah. Rasa cinta dan sayang tidak ada salahnya jika diluahkan dengan sejambak bunga buat isteri atau makan malam romantis untuk suami. Menunjukkan rasa cinta secara berterusan kepada pasangan adalah sesuatu yang mampu mengekalkan perhubungan pada tahap yang selesa.

5) Kawal perasaan:
Apabila marah atau ada hal yang mengganggu korang cubalah bertenang dan bertanya kepada pasangan. Elakkan tuduhan melulu dan meninggikan suara kerana ia hanya akan membawa kepada pergaduhan. Pasangan akan menghargai jika korang bertenang dalam menghadapi sebarang situasi.

6) Jangan ungkit kisah lalu:
Berhentilah mengungkit masa lalu yang negatif. Tidak ada sesiapa mahu mengingati kesilapan yang mungkin merupakan kenangan pahit atau memalukan. Jangan jadikan kesilapan lalu pasangan sebagai senjata setiap kali berlaku pertengkaran.

7) Kurangkan rasa cemburu:
Setiap individu tidak boleh lari daripada pasangan cemburu. Namun, cemburu yang keterlaluan patut dielakkan kerana ia boleh mencetuskan pergaduhan dan rasa tidak selesa pada diri sendiri. Hubungan cinta harus dibina atas dasar percaya kepada pasangan.

Jaga komitmen antara satu sama lain:
Elakkan membuat janji yang tidak mampu dipenuhi. Jika berlaku, ia akan menyebabkan pasangan kurang menghormati kita. Menjaga kepercayaan merupakan komitmen dalam satu perhubungan yang sihat. Apabila pasangan merasakan korang mula mengabaikan komitmen, maka bersiap sedialah untuk kehilangannya.

9) Jujur:
Jujur adalah perkara yang paling penting dalam perhubungan. Jangan sesekali menipu pasangan kerana ia adalah antara punca utama sebuah perpisahan. Kejujuran yang dimaksudkan adalah kejujuran untuk mengungkap perasaan kita terhadap pasangan. Jika terluka, katakan bahawa korang terluka. Katakanlah dengan tenang tanpa perlu meninggikan suara.

10) Beri layanan terbaik sepanjang hidup:
Layanlah pasangan korang seperti mula-mula berkahwin. Jika dahulu jalan berpimpinan tangan, pimpinlah tangan pasangan walaupun sudah lama berkahwin. Ramai pasangan cenderung untuk mengabaikan keakraban perhubungan selepas berkahwin kerana lebih tertumpu kepada keperluan keluarga atau anak-anak.


http://powerdbe.blogspot.com/

::: BAHAGIA ITU PILIHAN :::

Sahabat , hidup ini hanya sementara ...

Ada tempat terakhir dari kehidupan ini , hidup ini kadang berlika – liku kadang senang, kadang bahagia, kadang suka kadang duka ...

Semua dari kita pasti menginginkan kebahagian di dunia ini , dan juga kebahagian yang kekal di akhir kehidupan kelak ...


* Ternyata untuk membuat hidup itu bahagia hanya perlu 4 langkah :

1. BERSYUKUR.
Jika kita mensyukuri apa yang kita dapat , pasti akan selalu bahagia , sikap mensyukuri pemberian Tuhan akan membuat kita menerima dengan ikhlas setiap takdir yang kita terima sekecil apapun ...
Lalu bagaimana CARANYA BERSYUKUR . ? .
Caranya : dengan mencari cermin sebagai introspeksi diri kebawah ...
Artinya sebagai barometer kita melihat orang-orang yang tidak lebih beruntung dari kita, sehingga kita akan merasa sangat beruntung dan akan berterima kasih pada Tuhan atas apa yang telah di berikanNya.

2. BERSABAR.
Sabar yang sesungguhnya tidak akan pernah habis dan tidak akan ada batasnya ...
Lalu, MANFAAT SABAR untuk kebahagian hidup kita apa ? …
Dengan Bersabar kita yakin bahwa dalam kehidupan ini ada yang mengatur , dengan bersabar kita akan menerima kesusahan tersebut dengan tersenyum ........ ((^_^))

3. BERUSAHA.
Tanpa ada usaha tidak akan ada yang namanya kebahagian, berusaha/ ikhtiar merupakan kewajiban manusia ...
Kebahagiaan harus di raih ,tapi tanpa usaha jangan harap kebahagian akan datang sendiri ...
Jadilah pemimpi bukan penghayal , seorang pemimpi akan berusaha mewujudkan impiannya bukan hanya berandai-andai..


http://powerdbe.blogspot.com/

ANUGRAH KEHIDUPAN

Setiapku menatap mentari
Aku bahagia memulai hari
Sinarnya bagai senyummu indah berseri
Hangatnya pelukmu menenangkan hati

Matamu butir embun menyejukkan
Suaramu kicau burung kerinduan
Sapamu bagai sejuk bayu penuh kelembutan
Cintamu hijau daun kehidupan

Semangat hariku
Menjalani semua bersamamu
Bersyukurnya aku
Kau anugrah terindah dalam hidupku



http://powerdbe.blogspot.com/

NASEHAT INDAH BAGI SETIAP PENGANTIN BARU


♥~♥ MENCIUM KENING ♥~♥ Malam pertama begitu indah, tapi kata Rasulullah, harus diiringi doa serta memberikan sentuhan kemesraan perdana kepada istri. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang dari kamu menikahi wanita atau membeli seorang budak, maka peganglah ubun-ubunya lalu bacalah ‘basmalah’ serta doakanlah dengan doa berkah seraya mengucapkan: ‘Ya Allah, aku memohon kebaikannya dan kebaikan tabiatnya yang ia bawa. Dan aku berlindung dari kejelekannya dan kejelekan tabiat yang ia bawa.’” (HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, al-Hakim). ♥~♥ SHALAT SUNAH ♥~♥ Agar pernikahan kita diiringi rida dan rahmat Allah, Rasul pun mengajarkan agar sebelum berhubungan suami istri di malam pertama hendaknya salat sunah dua rakaat lebih dulu. Anjuran ini bisa kita lihat dalam sebuah hadis dari Abu Sa’id maula (budak yang telah dimerdekakan) Abu Usaid. Ia berkata: “Aku menikah ketika aku masih seorang budak. Ketika itu aku mengundang beberapa orang Shahabat Nabi, diantaranya ‘Abdullah bin Mas’ud, Abu Dzarr dan Hudzaifah radhiyallaahu ‘anhum. Lalu tibalah waktu shalat, Abu Dzarr bergegas untuk mengimami salat. Tetapi mereka berkata: ‘Kamulah (Abu Sa’id) yang berhak!’ Ia (Abu Dzarr) berkata: ‘Apakah benar demikian?’ ‘Benar!’ jawab mereka. Aku pun maju mengimami mereka salat. Ketika itu aku masih seorang budak. Selanjutnya mereka mengajariku, ‘Jika isterimu nanti datang menemuimu, hendaklah kalian berdua shalat dua rakaat. Lalu mintalah kepada Allah kebaikan istrimu itu dan mintalah perlindungan kepada-Nya dari keburukannya. Selanjutnya terserah kamu berdua…’” (Adabuz Zifaf fis Sunnah al-Muthahharah). ♥~♥ DOA PEMBUKA ♥~♥ Setelah salat sunah dua rakaat, dianjurkan pula untuk berdoa. Sebagaimana hadis: “Seorang datang kepada ‘Abdullah bin Mas’ud radhiyallaahu ‘anhu, lalu ia berkata, ‘Aku menikah dengan seorang gadis, aku khawatir dia membenciku.’ ‘Abdullah bin Mas’ud berkata, ‘Sesungguhnya cinta berasal dari Allah, sedangkan kebencian berasal dari setan, untuk membenci apa-apa yang dihalalkan Allah. Jika isterimu datang kepadamu, maka perintahkanlah untuk melaksanakan salat dua rakaat di belakangmu. Lalu ucapkanlah (berdoalah): “Ya Allah, berikanlah keberkahan kepadaku dan isteriku, serta berkahilah mereka dengan sebab aku. Ya Allah, berikanlah rezeki kepadaku lantaran mereka, dan berikanlah rezeki kepada mereka lantaran aku. Ya Allah, satukanlah antara kami (berdua) dalam kebaikan dan pisahkanlah antara kami (berdua) dalam kebaikan.” (lihat di Kitab al-Mushannaf). ♥~♥ MINUM SEGELAS AIR ♥~♥ Sebelum memulai hubungan kali pertama, Rasul berpesan agar jangan terburu-buru. Alangkah baiknya dimulai dengan kelembutan dan kemesraan. Misalnya, dengan memberinya segelas air minum atau yang lainnya. Sebagaimana hadis Asma’ binti Yazid binti as-Sakan r.a., ia berkata: “Saya merias ‘Aisyah untuk Rasulullah SAW. Setelah itu saya datangi dan saya panggil beliau supaya menghadiahkan sesuatu kepada ‘Aisyah. Beliau pun datang lalu duduk disamping ‘Aisyah. Ketika itu Rasulullah SAW disodori segelas susu. Setelah beliau minum, gelas itu beliau sodorkan kepada ‘Aisyah. Tetapi ‘Aisyah menundukkan kepalanya dan malu-malu.” ‘Asma binti Yazin berkata: “Aku menegur ‘Aisyah dan berkata kepadanya, ‘Ambillah gelas itu dari tangan Rasulullah SAW!’ Akhirnya ‘Aisyah pun meraih gelas itu dan meminum isinya sedikit.” (HR. Ahmad di kitab Adabuz Zifaf fis Sunnah al-Muthahharah) ♥~♥ DOA SEBELUM BERHUBUNGAN ♥~♥ Subhanallah, Islam begitu indah mengatur hubungan suami istri. Setiap kali akan berhubungan suami istri, selalu diingatkan untuk senantiasa berdoa: “Bismillah, Allahumma jannibnaasy syaithaana wa jannibisy syaithaana maa razaqtana.”Artinya: “Dengan menyebut nama Allah, Ya Allah, jauhkanlah aku dari setan dan jauhkanlah syaitan dari anak yang akan Engkau karuniakan kepada kami.” (HR. Bukhari dan Muslim). Rasulullah juga bersabda: “Maka, apabila Allah menetapkan lahirnya seorang anak dari hubungan antara keduanya, niscaya syaitan tidak akan membahayakannya selama-lamanya.” (HR. Bukhari, Muslim).https://www.facebook.com/groups/langa1984/

UNTUK MENDAPATKAN PASANGAN

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari korang. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan korang dengan pasangan korang.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga korang bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup korang dengan sempurna agar diri korang jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan korang kepada korang.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati korang daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar korang dan korang akan menarik sayang terhadap korang. Jika korang membenci orang, ditakuti bakal pasangan korang akan membenci korang.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan korang.
10. Buka hati dan minda korang untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni korang terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan korang kepada bakal pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

power_dbe@yahoo.com

PERKATAAN DALAM ISLAM

- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.

- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
-JANGAN menyambut Hari Valentine kerana pasti berlakunya Maksiat dan dosa.
-JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang sempurna

PERSAHABATAN JADI CINTA

Bila masih mungkin.
Kesempatan merindukan sang surya.
Merindukan jatuhnya embun.
Kuingin bermanja membelai cinta.

Dengan cinta...
Dengan kasih...
Kukatakan...
Denganmu merasa impian hidup bahagia terbayang nyata.

Mungkinkah...
Persahabatan kita jadi cinta.
Cemburu tandanya cinta.
Rindu pasti ada sayang.

Kini yg kurasa...
Benih-benih cinta tumbuh tanpa kusadari.
Sahabatku cintaku.
Tapi apakah dia sama punya rasa.

Kuingin manja bersamamu.
Membelai cinta dn kasihmu.
Kenapa tak jua mengerti.
Kuingin persahabatan ini jadi cinta

http://power_dbe.blogspot.com/

JANGAN PERNAH MENGALAH

jangan pernah mengalah di antara banyakNya permasalahan yang ada harus di lakukan adalah tetap tegar di antara kegelapan hidup menjadi sebuah titik cahaya di kegelapan karena ini adalah tantangan dari kehidupan.aa

power_dbe@yahoo.com

Selasa, 27 Maret 2012

INGAT SAHABAT KU

SEMUA APAPUN YANG TERJADI,JANGAN DI JADIKAN BEBAN.BERSERAH DIRI SEPENUHNYA PADA TUHAN,DAN YAKIN TUHAN TELAH MERENCANAKAN YANG TERBAIK.





http://power_dbe.blogspot.com/