UNTUK MENDAPATKAN PASANGAN
1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan
biasanya ia berada tidak jauh dari korang. Jarang orang bertemu dengan
jodoh yang berada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa,
usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal,
insyallah akan menemukan korang dengan pasangan korang.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga korang bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup korang dengan sempurna agar diri korang jadi
seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan korang kepada korang.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah
untuk mencuci hati korang daripada semua perasaan yang negatif terhadap
semua orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat,
beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf,
bersedekah dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar korang dan korang akan menarik sayang
terhadap korang. Jika korang membenci orang, ditakuti bakal pasangan
korang akan membenci korang.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk
bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu
sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan
pertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan,
wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk
menawan bakal pasangan korang.
10. Buka hati dan minda korang untuk menerima cinta. Cinta boleh
berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang
sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan
hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang
dan hasrat murni korang terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini
secara berterusan hingga berjaya.
13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan
hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu
menyatakan perasaan korang kepada bakal pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan.
Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan
walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata,
hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan
terhadap bakal pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan
kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri
sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru
berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan
rasa selesa.
18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada
bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan
seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang
menyebabkan orang benci kepada kita.
20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan
benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci
atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci. http://powerdbe.blogspot.com/
Tidak ada komentar:
Posting Komentar