Peringatan: Tips yang dikongsikan di
sini adalah khusus untuk isteri kepada suaminya. Bagi kepada anda yang
belum berkahwin, anda tidak dibenarkan untuk menggunakan tips ini kepada
pasangan anda. Terima kasih kepada peminat Tentang Cinta yang prihatin
dan mengingatkan kami mengenai perkara ini.
Godaan. Ia bagai suatu permainan ‘dikejar dan mengejar’. Tetapi
adakah ia tertakluk kepada kaum lelaki sahaja untuk menggoda wanita yang
diminatinya? Apakah yang perlu dilakukan oleh seorang wanita bagi
menarik perhatian lelaki yang disukainya? Sebenarnya, ia agak mudah.
Hanya bergantung kepada bahasa gerak tubuh anda.
1. Memusing kepala & menguak rambut
Ini merupakan suatu ‘pergerakan yang menggoda’ apabila seorang wanita
berada berhampiran lelaki yang disukainya. Kepala digerak ke belakang
sambil tangan menguak rambut daripada muka atau bahu. Pergerakan ini
menunjukkan anda mengambil berat akan diri si jejaka dan ia juga
mendedahkan bahagian ketiak anda, merembeskan haruman. Mmm…
2. Muncung, basahkan bibir & buka sedikit mulut
Bibir tebal nampak lebih menarik kerana ia berbeza dari pada bentuk
bibir lelaki. Memuncungkan bibir menambahkan lagi ‘godaan bibir’. Sebab
itulah, lelaki berpendapat gincu bibir merah paling menarik.
3. Sedikit sentuhan tubuh
Wanita mempunyai lebih banyak sensor saraf berbanding lelaki,
membuatkan mereka begitu sensitif kepada sentuhan. Lelaki mendapati
gerakan tubuh wanita seperti meraba-raba dirinya sendiri iaitu pada
bahagian paha, tengkuk atau leher adalah sesuatu yang seksi. Lebih-lebih
lagi, sekiranya seorang wanita itu menghampirinya sambil menyentuh
tangan, bahu atau bahagian badan si jejaka.
4. Jelingan atas bahu yang terangkat
Bahu yang terangkat menonjolkan bentuk bulat dan lenggok tubuh
wanita. Maka biasakan menjeling ke belakan. Renung mata si jejaka
seketika sebelum memandang ke arah lain atau ke bawah. Renungan itu
cukup untuk memberitahu bahawa anda berminat untuk mengenalinya. Kajian
menunjukkan kebanyakan lelaki tidak sedar akan renungan pertama si
gadis, maka anda perlu mengulanginya beberapa kali. Si dia tertarik?
Ambil peluang tersebut untuk mengangkat kening sambil membesarkan mata
untuk mengesahkan renungan anda hanya untuk si dia.
5. Usap objek bulat
Mengusap sebarang objek berbentuk bulat adalah suatu pergerakan luar
sedar yang mencerminkan pemikiran anda. Contohnya, apabila anda mengusap
keliling gelas minuman anda, si jejaka secara simboliknya akan cuba
memiliki anda sehinggakan dia sendiri dilihat mengusap-usap kunci kereta
atau apa sahaja barang miliknya yang berada berdekatannya.
6. Jengketkan pinggul anda
Bukti perubatan menunjukkan wanita yang subur mempunyai julat (ukuran
panjang) pinggang ke pinggul 70% (ukuran pinggang adalah 70% lilitan
pinggul), ia adalah bentuk gitar dan dalam sejarah, julat ini terbukti
sebagai faktor tarikan seks paling dramatik! Jangan berputus asa jika
anda tidak memiliki julat ideal ini. Jengket atau naikkan sebelah
pinggul untuk mendapatkan kesan yang serupa.
7. Lenggokkan pinggul anda
Wanita mempunyai pinggul dan ruang di antara kaki yang lebih lebar
berbanding lelaki. Ini bermakna, apabila seorang wanita itu berjalan,
dia menampilkan lenggok yang menonjolkan bahagian punggung. Lelaki tidak
boleh berjalan begini sebab itulah lenggok wanita merupakan ciri
perbezaan seks paling menonjol. Lelaki pula mudah terangsang akan
lenggok jalan wanita paling menggoda.
8. Dedahkan pergelangan tangan
Wanita yang berminat dengan seorang lelaki akan secara tidak sengaja
mendedahkan bahagian kulit paling lembut lagi licin iaitu pergelangan
tangannya kepada jejaka tersebut. Dan wanita ini akan sengaja
mengulanginya berkali-kali dan menunjukkan rangsangan tarikan yang
meningkat. Mungkin sebab itu, wanita digalakkan menyembur pewangi pada
bahagian ini.
9. Kekalkan minat si dia
Kajian menunjukkan kebanyakan lelaki bimbang untuk menyentuh beg
tangan wanita, apatah lagi membukanya. Ia dianggap barangan peribadi,
ibarat cerminan tubuh anda. Maka, ia menjadi suatu petanda kuat apabila
anda meletak beg tangan di sebelah si jejaka yang anda minati. Dengan
cara ini, dia boleh melihat atau menyentuhnya sebagai satu cara untuk
menunjukkan minat anda.
10. Halakan lutut ke arah si dia
Silangkan kaki sambil lutut di atas dihalakan ke arah lelaki yang
anda minati. Ini merupakan kedudukan paling santai. Anda bebas berbual
sambil memberi peluang untuk mendedahkan sedikit paha secara tidak
sengaja.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar