::[Tips Tentang Cinta (5) Jenis Lelaki Yang Anda Patut Putuskan Hubungan]::
1 – Lelaki yang sering mengucapkan kata sayang tetapi tidak mahu atau
tidak bersedia untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius walaupun
anda sudah mengenalinya sudah bertahun2. Ini bermakna bahawa anda bakan
orang yang dia inginkan & mungkin juga anda tiada dalam kamus
hidupnya.
2– Lelaki yang sentiasa menghubungi anda tanpa
mengira waktu. Selalunya lelaki sebegini akan mengeluarkan kata-kata
manis apabila dia sangat memerlukan anda. Tetapi, bila anda
memerlukannya, dia langsung tidak muncul atau memberi banyak alasan
untuk mengelakkan dari anda.
3– Lelaki yang selalu mengajak
anda keluar hanya sebagai teman tapi mesra. Kemana saja anda berdua.
Ibarat merpati sejoli la konon pd pandangan orang. Malangnya hati lelaki
tu tak terdetik langsung untuk mengisi anda dalam ruang hatinya yang
dah lama kosong. Jangan buang masa dengan lelaki cenggitu.
4–
Lelaki yang sudah mempunyai kekasih, tapi tetap mahukan anda (tamak
betul). Selalunya lelaki macam ini mempunyai ramai awek tapi sekadar
memenuhi nafsunya.
5– Lelaki yang anggp dirinya sentiasa
betul. Pandangan atau setiap perkara yang anda buat salah pada mata atau
pandangan dia. Selalunya kalau menjalinkan hubungan dengan lelaki macam
ini, anda akan sering dimarah atau ditengking kononnya anda saja yang
bersalah dalam sesuatu hal (ego la tu), hal kecik pun nak dibesarkan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar