- Bertemu dia khitan atau bersetubuh (masuknya zakar sehingga terbenam kepalanya ke dalam faraj).
- Keluar mani walaupun sedikit.
- Mati melainkan mati syahid.
- Keluar haid bagi perempuan.
- Keluar nifas (darah yang keluar mengiringi bayi ketika perempuan bersalin).
- Wiladah atau melahirkan anak.
Fardhu mandi
Pertama :
Niat
نَوَيْتُ رَفَعَ الْحَدَثِ الْاَكْبَرِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”.
نَوَيْتُ الغَسْلَ عَنِ الْحَيْضِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Taala”.
Mandi disebabkan bersetubuh antara suami dan isteri
نَوَيْتُ الغَسْلَ عَنِ الْجَنَابَةِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala”.
Mandi disebabkan keluarnya darah nifas
نَوَيْتُ الغَسْلَ عَنِ النِفَاسِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Taala”.
Kedua :
Menghilangkan najis daripada anggota badan. Iaitu sebelum memulakan mandi, perlulah terlebih dahulu membersihkan atau menghilangkan najis daripada anggota badan.
Ketiga :
Mengalirkan atau meratakan air ke seluruh anggota badan. Maksudnya ialah menyampaikan air ke seluruh bulu, rambut, seluruh anggota badan dan mengalirkan air kepada tempat-tempat yang zahir daripada khubul dan dubur.
cara mandi
Menghilangkan najis daripada anggota badan. Iaitu sebelum memulakan mandi, perlulah terlebih dahulu membersihkan atau menghilangkan najis daripada anggota badan.
Ketiga :
Mengalirkan atau meratakan air ke seluruh anggota badan. Maksudnya ialah menyampaikan air ke seluruh bulu, rambut, seluruh anggota badan dan mengalirkan air kepada tempat-tempat yang zahir daripada khubul dan dubur.
cara mandi
- Sebelum
memulakan mandi hadas, maka terlebih dahulu mandi biasa untuk
membersihkan tubuh, menghilangkan kotoran dan perkara-perkara yang boleh
menghalangkan air sampai ke anggota badan. Perlulah disabun terlebih
dahulu sebagai tanda menghilangkan kotoran sebelum mandi hadas. Ingatan
saya, jangan ketika mandi hadas anda sabun, kerana sabun itu bukan dari
air yang mutlak dan mandi hadas anda boleh menjadi tidak sah di sebabkan
sabun tersebut.
- Setelah
selesai mandi biasa, di sunatkan mengambil wuduk dahulu sehingga
membasuh telinga sahaja dan tidak perlu membasuh kaki lagi. basuhan kaki
akan dilakukan akhir mandi nanti. Perkara ini tidak dilakukan pun tidak
mengapa kerana ia merupakan perkara sunat sahaja.
- Duduk bertinggung bagi yang berkemampuan. Ini bertujuan untuk membuka semua anggota yang zahir dan mudah untuk mengalirkan air ke kawasan-kawasan sulit tersebut seperti qubul atau dubur. Kalau berdiri pun tidak menjadi masalah, yang paling penting ialah air dapat sampai kepada semua bahagian anggota badan.
- Niat dahulu sebelum mandi (Lihat dalam bahagian Fardhu Mandi di atas). Bagi sesiapa yang tidak pandai dalam bahasa arab boleh dalam bahasa melayu.
- Sunat memulakan mandian disebelah kanan dahulu dan seterusnya disebelah kiri.
- Mulakan
mandi wajib dengan mengalirkan air mutlak di salah satu anggota badan
dan disertakan dengan niat mandi hadas sepertimana dinyatakan di
bahagian fardhu mandi.
- Gosot
atau sapu di semua anggota badan yang zahir iaitu dirambut, kepala,
telingga, hidung, mata, mulut, tengkok, ketiak, tangan, jari, kuku,
badan, pusat, qubul, dubur, kaki, pelipat-pelipat kaki dan tangan, kuku
kaki, jari kaki dan sebagainya. Ini bertujuan untuk menyampaikan air di
seluruh anggota badan.
- Akhir sekali basuh kaki sebagai penyudahnya, kerana semasa mengambil wuduk tadi kita tidak membasuh kaki.
Saya
rasa ini sahaja untuk perbahasan bab mandi hadas bagi lelaki dan
perempuan. Maaf saya menulis artikel ini dengan ringkas dan menggunakan
teknik penulisan poin sahaja. Jika ada apa-apa persoalan boleh kemukakan
di ruangan komen dibawah ini. Insyaallah saya akan menjawabnya jika
masa mengizinkan. Anda juga boleh menyemak di kitab-kitab fiqh, bab
bersuci, bahagian mandi.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar